Software

Tuesday, January 7, 2020

Pengganti Kertas Mahjong Untuk Aktiviti Pembentangan Berkumpulan Dalam PAK21

Biasa kalau nak buat aktiviti berkumpulan yang memerlukan pembentangan kita guna kertas mahjong kan....

Tapi bila kertas mahjong tak ada, & pemantauan dari pentadbir atau pengawai atasan datang menggejut hihihi, Aplikasi ini boleh menggantikan kertas mahjong.

Satu kumpulan 1 notebook, kalau ada 6 kumpulan maka 6 notebook sahaja digunakan. Jadi boleh dibuat di kelas biasa tak perlu pergi ke Makmal komputer

1. Murid boleh menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan.

2. Slide sebagai pengganti kertas mahjong.

3. Murid boleh memberi isyarat secara virtual untuk meminta bantuan guru atau untuk memaklumkan yang mereka sudah pun menyiapkan tugasan.

4. Sesi pembentangan dapat dijalankan dengan menggunakan satu laptop sahaja (laptop guru).

5. Guru boleh memantau proses kerja murid secara live.

6. Murid boleh melukis, menulis (digital ink), memadam semula kesalahan, menaip, membuat garisan, memasukkan link laman web/youtube dll, memasukkan gambar & rakaman suara.

7. Guru boleh meletakkan sticker yang comel pada hasil kerja murid sebagai motivasi kepada mereka.

8. Setiap lembaran boleh di eksport dalam format PDF untuk dijadikan eviden.




















Download di sini http://bit.ly/2sVMcPB

0 comments:

Post a Comment

Kenapa kita perlu memenuhkan & memberatkan PC dengan software sedangkan kita boleh membuat sesuatu perkara secara online tanpa perlu install sebarang software. Di sini saya senaraikan website yang dapat membantu guru-guru atau yang lain dalam sesuatu tugasan. Semoga Bermanfaat.

Aplikasi di Kelas

Laman Web Kegunaan Guru-guru Malaysia

Laman Web Untuk Guru (Pengkeranian)